Jadi, kalau sombong, maknanya kita ikut jejak syaitan. Kalau saya tanya kepada anda semua,
"anda suka kawan dengan member-member yang sombong dan brlagak tak??!"
Sudah semestinya anda tidak sukakan..
Jadi janganlah sesekali anda bersikap sedemikian kerana nanti orang tidak suka berkawan dengan anda..
firman Allah yang bermaksud :
Dan janganlah kamu memalingkan muka kamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. [Surah Luqman:18]
Beberapa panduan daripada Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh.
1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.
2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.
3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui
4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..
5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.
6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.
mudah-mudahan sedikit demi sedikit kita dapat usirkan sifat ini dalam diri kita..
insyaallah~~
harap dapat manfaat yaa!!
wassalam..
sumber rujukan : saudari alia ismail (APIS)
aku nk tekan butang LIKE tp tetibe tingat ni bukan mukabuku
ReplyDeleteape ar ama nyh~~
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete