tabung dude

Tuesday, April 26, 2011

kena urut kat Kampung Kelantan

:: assalamualaikum ::


bersenam memang amat digalakkan okie..tapi sila jangan sampai mencederakan diri sendiri tau!!



hahaa itulah semalam aku konon-konon laa rajin na buat siket excersice kat rumah nie..maklumlaa da dua minggu jugak laa aku ta buat aktiviti yang berfaedah nie..so semalam macam excited pulak an bila nampak tali skipping dalam almari..







warna dia menarik an?!







hehhh dengan semangat petang semalam aku pon amek tali tuu and lompat-lompat-lompat-dan-lompat laaa dalam rumah okie..hehee seronok owh tambah-tambah penghuni-penghuni rumah sume kebetulan keluar petang tuu..bila kira-kira hasil lompatan tuu da sampai 100, berentilah rehat sekejap..seronok sebab berjaya sampai angka tuu walaupun doh mengah-mengah biasalah "atlet-rajin-sangat-bersukan" laa kata an  then disebabkan aku rasa terlebih excited sebab boleh lompat sampai 100, aku pon konon nak naikkan laa lagi angka tersebut..kalau dapat + lagi 100 pon best jugak an..genap an jadi 200 an..fuhh best owh!


1

2

3

.
.
.
.
.
.
.
.

20

21

22

.
.
.
.


30


























































ouchh!!!

























okie tahniah kepada atlet negara kita sebab da injured.. hahhaaa kaki aku tergeliat okie sebab salah landing..tempat injured die tempat yang sama aku penah injured 2 tahun dulu masa main basket..meraunglaa sorang-sorang sebab tade sape pon kat rumah masa tuu..agak-agak da bole berdiri dengan tempangnya aku naek atas..okie fine!!



kalau kaki da injured susa laa mehh na buat keje..tergeliat tang buku lali belah kiri..perghh bayang an laa na naik turun tangga, nak mandi pastu na solat lagi haaa tambah-tambah part duduk antara dua sujud dengan tahyat awal..memang kaw-kaw laa babe!



then petang tadi ummi bawak aku pegi mengurut dekat umah sorang tukang urut yang memang agak baik laa jugak ngan ummi..orang kampung panggil dia Che Ah..macam lawak an nama die..hehheee opah nie orang Kelantan..tapi macam mana ntah boleh sampai sini..ta silap aku tadi aku tanya dia dulu duduk dekat KB..sedara-sedara dia ramai laa jugak yang ada kat situ lagi, just die lama ta balik kampung katanya..



owh sebenarnya aku nak cakap dekat Pantai Remis nie ada satu kampung diorang panggil Kampung Kelantan..hehehee  (n_______n)



mostly orang yang duduk situ (golongan veteran) asal dari Kelantan nunn..owh dan aku baru tau info nie petang tadi..selama 11 tahun aku duduk sini..hahahaa sengal an aku!!dan owh lagi sekali patut laa member aku yang duduk situ selalu balek kampung kat Kelantan, rupa-rupa parent dia orang Kelantan upanya..hahahaa




tu jep laa nak cakap..kaki injured kene urut dekat Kampung Kelantan..sekarang da kurang sikit tapi still "tempang" sikit laa..moral of the story, na bersukan kena buat regangan dulu yee anak-anak..pastu MESTI pakai kasut sukan hokey bagi mengelakkan berlakunya kecederaan..masa maen basket dulu aku pakai sportshoes jugak tapi kenapa boleh injured derr?!!habaq mai sikit sir!!marah sir goh..i'm sorry sir :)



focus : kasut!


mungkin sudah laa tuu..





:: assalamualaikum ::





nota kaki :

-masa untuk aku ber"honey moon" dah nak habes daa..
-degree-degree-degree-degree
-hehh klo EE okie ta!?!
-okie merepek..budbye  :)












Saturday, April 23, 2011

keliru dengan perasaan sendiri?!!

jujurnya tu laa yang aku tengah rasa sekarang
apasal ntah?!!
keliru dengan perasaan sendiri..

kenapakah?!!

ada sapa-sapa nak dengar cerita aku tak?!!
hahahahaa
of cos tade laa an ~



okie laa
melayan perasaan
mencari rasa apa yang perlu rasa sekarang?!!



:: assalamualaikum ::

Sunday, April 17, 2011

saya rasa ... ... ...




sebaris senyuman mampu menyembunyikan sejuta kepahitan,
namun tiada siapa yang mengerti,
tiada siapa yang merasa,
semua kepahitan dan kedukaan,
tabahkan hati hambaMu ini,
wahai tuhan yang Maha Mengetahui.





Ya Allah.
Ikhlaskanlah hati hambaMU,
Semuga semua ini adalah yang terbaik untuk hambaMu,
Tiada siapa yang mengerti,
Selain Mu,
Ya Rabbi.





Ya A'lim.
Kau Maha Mengetahui setiap sesuatu,
Kau Maha Mengetahui segala tentang hambaMU,
Jadi hamba mohon,
Kurniakanlah hamba kekuatan iman,
Kuatkan hati hamba untuk menghadapi semua ini,
Kerana hanya Engkau yang bisa melakukannya,
Ya Rahim.











semoga segala kepahitan dalam pengorbanan akan dibalas dengan kemanisan suatu hari nanti..amiin ya rabbala'lamin  :')

Saturday, April 16, 2011

Untukmu Ibu



:: assalamualaikum ::



entri kali nie aku na share satu artikal yang disend oleh seorang sahabat kepada aku..cerita diambil dari iluvislam.com dan menarik untuk aku kongsi an dengan reader semua..cerita nie dah buat aku hilang macho derr sebab sedih laa weyh menitis jugak arr ayaq mata che!!  



"hehh anda terima kasih yaa!!"


so have a look yaa  :)






*** *** ***




U
ntukmu Ibu
www.iluvislam.com
dihantar oleh:  nurpalestina
Editor: ar-ruhul JADEED




“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah  dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. “ Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.

“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu, jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.

“ Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?” Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. “Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?” “ Eh jangan, nanti dulu. Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil Along. “Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. “Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?”. Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. “Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu. “Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. “Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. ‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. “La…kau ke, apa kau buat kat sini?”, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?”, soalnya pula. “Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur. “waa…bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?” Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. “Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”, Along meminta kepastian. “Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas Fariz meyakinkannya. “Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni.” Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. “Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.” Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. “Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”, soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. “Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!”, pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum. 




Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. “Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”, soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. “Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”, leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. “Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. “Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. “Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. “Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan. “Sebenarnya, kau lari dari rumah kan?” Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. “Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. “Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?” Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. “Ada” jawab Along pendek “Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku…atau….” Along menggeleng-gelengkan kepala. “semua tak…Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. “Ala, gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan…saya….saya nak jadi anak yang soleh!”. Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. “Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. “Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi. “Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh. 





Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana, tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. “ Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. Along hanya tersengeh menampakkan giginya. “Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?” “Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang. “Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. “Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.” “Zam..kau ni…..” “Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. “Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”, pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. “No problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin tahu. “Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia", terang Along. “Abang Joe mana ni?” “Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk . “Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?” “Hari ni la…” balas Along. “Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?” “Bukan, minggu depan…” “Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?”, soal Fariz lagi. “Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang–orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu. “Ha..hadiah….untuk….ibu………” ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ‘Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini…..UNTUKMU IBU!’ Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. “Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan … dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila…” cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. “Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu sedan. “Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula....” Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka. 











 kalau korang nak baca artikel laen yang best2 boleh laa klik link sini :)








Friday, April 15, 2011

result asasi semesta 2/2011

warning!!

kalau anda rasa loya dan menyampah nak baca entri nie
ingat saya nak membangga-bangga
nak menunjuk-nunjuk
maaf!!anda salah.
sila cari button 'X' belah kanan atas anda 
dan anda boleh blaa dengan selamatnya..
terima kasih!








hehh maaf.maaf.maaf..




maaf aku bukan nak riak dan bangga diri..tapi aku nak buat satu entri pasal result aku boleh taa?!!bukan nak menunjuk-nunjuk laa..alaa kalau aku post pon macam laa aku nie ramai follower or lebih tepat lagi ramai reader yang nak baca entri aku nie?!!ta pon an..






Ya Allah jauhkan aku dari perasaan riak dan takabbur..
Semua ini kurniaanMU Ya Rahhim,
Tanpa MU aku bukan aku Ya Allah,
Jadikan lah aku antara mereka yang bersyukur dan beriman kepadaMu,
Wahai tuhan Yang Maha Berkuasa ke atas tiap sesuatu..

amiiin~










so aku buat entri nie just nak ucapkan terima kasih kepada mereka mereka dan mereka yang dah jadi sebahagian kaler dalam hidup aku tambah-tambah masa aku kat Palam dulu..arigatogozaimas!!
















yalahh korang-korang yang aku kenal okie..ta kesah laa kaler tuu santek ke ta santek kee..tapi tuu tetap santik okie!!






hurmm nie result aku untuk semesta dua dua ribu sebelas niee!!

















macam edit jep an an!??






sebab masa sem1 dulu tuu, diorang dok edit-edit result an..tapi nie bukan edit okie..kalau aku nak edit baek aku edit sume dapat A+ an..so nie result aku yang aku da usahakan..Alhamdulillah syukur yaa Allah!!



isnin hari tuu bebudak asasi UiTM baru dapat result tok foundation..hehh orang laen baru na exam final kitorang daa dapat result..ta bole na "awal" lagi ker haa?!!so masa dapat result ni laa sume orang gelabah puyuh nak pegi cek result masing-masing an an..hahahaa relix laa weyh aku tau result korang sume gempak-gempak an an!!hahaa seronok aku dengar korang punya result okie..TAHNIAH anda anda anda dan anda  :)






so kat sini aku nak ucap an terima kasih banyak-banyak laa kat semua manusia-manusia yang dah banyak membantu aku dalam mencapai kejayaan ini..tengs yaw!!






kepada parent yang banyak memberi sokongan moral untuk aku terus belajar dan berusaha sampai berjaya..dan juga banyak mendoakan kejayaan aku nie..terima kasih yaaa!!and to lecturers yang da banyak bagi ilmu kat aku kitorang ni, terima kasih laa..maaflaa kalau kitorang  saya lambat sikit nak faham apa yang kalian ajaq tuu, biasalah laa orang macam saya nie lambat ciket na paham. hard disk karat maaa!hahaa 




terima kasih jugak sebab selalu memberi semangat yaa especially dr.huang yang banyak bercerita pasal diri die yang memang lawak gelak sampai pecah perut. miss hanim yang pernah extand masa tutorial sebab na bagi "ceramah" kat kitorang nie..puan fatimah yang selalu ambil kesempatan isi masa lapang dengan nasihat-nasihat yang berguna tuu..puan halaliza yang saya mula sayang masa sem2 nie..puan enera yang comel..miss JJ yang semangat mengaja masa computing..hehehee i like :)




kepada member-member group P5 yang cool tuu..even aku memang ta penah sembang ngan most of the boys, but korang da buat suasana belajar dalam kelas tutorial tuu jadi menarik tambah-tambah masa kelas-kelas tutorial yang akhir-akhir tuu..tengs jugak sebab korang selalu lepak kat FB group and sembang segala bagai yang merepek-repek tuu sebab selalu malam-malam kalau aku busan aku selalu jugak usha korang kat FB group tuu..memang pecah perut laa dengan korang punya segment tiap-tiap malam..aku suke segmen pantun tuu!!hahahahaa miss that moment  :')






hahhaa okie yang nie aku nak membebel panjang ciket..kalau malas nak baca bole carik button yang bentuk macam nie  'X' kat atas belak kanan anda..terima kasih!








kepada wani yunus yang selalu bagi aku tumpang bilik kau setiap malam tuk study terima kasih!!aeh-aeh bukan malam jep okie siang pon sama jep pantang ada masa kosong aku selalu lepak bilik kau..maaf laa menyemak selalu kat bilik kau aeh..mesti kau busan an tengok muka aku!!aku da rasa bilik kau tuu da jadi macam bilik no.2 aku daa tau taa?!!terima kasih jugak sebab banyak ajar aku segala bagai benda tambah-tambah bab mastering..haa yang nie paling penting, bab buat report chemistry laa, aku memang malas gilaa laa nak buat kau laa selalu jadi mangsa aku minta tolong tunjuk ajaq..arigato naaa..hahhaaa suda laa banyak sangat nak cite sal kau nie okie cukup laa~




kepada chique jugak membe yang selalu lepak bilik wani jugak tapi ta sekerap aku laa  terima kasih jadi kawan aku..kau pon sama jugak laa..manusia yang paling aku suka sakat an..aeh-aeh bukan manusia yang paling suka sakat orang..hehh sorok kasut orang laa yang paling gemor kau na buat..hahhaaa manusia yang fanatik FT dan mista pelakon no.1 laa bagi aku..seghius kau memang bole jadi pelakon laa..tengs sebab ajaq aku aeh!!ayat yang aku akan selalu ingat sal kau 





"pah butang baju aku mana pah?!!kau nie asyik maen mahjung saja lah"
-petikan dari filem P.Ramlee_Madu3 kot-


juga kepada membe-membe lain hehh..aku ta lupa laa korang!!si aien rafalie yang suka berjimba-jimba bersama..time nak buat mastering mesti datang bilik wani..hehhehee aku rindu dengar kau menjerit laaa!!yana yang selalu gadoh ngan aku..hehh kau ni nampak jep kecik tapi senanya kau nie berjiwa besaq jugak an?!!kagum aku..kepada ida terima kasih jadi kawan aku hehh..semuaga berbahagia dengan incik kembo anda..mas yang selalu buat muka pelik-pelik dan tade perasaan langsung..kau memang pulun habis-habisan an masa nak final harituu..tengok kau memang sangat membakar semangat aku laa mas!!qiqi si penggelak besar..hahhaa ta tau laa kau nie mesti tade penyakit an sebab kau selalu gelak..hahhaa 1st time tengok kau nanges masa kau na balek asasi hari tuu..si asha a.k.a mrs Faro!!hahahaa owh da pandai ade scandal ae sem2 nie..ta sangka betullaa!!tengs tolong jaga an chique aeh..hehehee jugak kepada niena yang comel..hehh asal kau selalu segan aeh ngan aku?!!tambah-tambah kalau nak tanya aku soalan..lawak laa relix laa derr aku okie jep laa..



kepada member-member lelaki yang aku kenal kat Palam nie dan "agak" rapat laa selain kawan-kawan SERATAS yang memang ada kat Palam..tengs sebab jadi antara kawan-kawan lelaki yang baik dengan aku..hehehee kepada mista admire..aku selalu kagum sebab kau selalu volunteer buat soalan kat depan..hahahaa lepas tuu aku ngan wani pon selalu laa volunteer jugak..kagum jugak sebab kau selalu datang awal pegi kelas derr..tengs sebab selalu jadi mangsa buli aku bagi an kertas-kertas photostate kat budak laki..tengs jugak sebab ajar aku maths yaa especially yang sal assingment math2 tuu..hahhaaa credit too amirul mukminin laa!!kepada toyo yang selalu sakat aku and selalu saiko aku pasal "......."..hahahaa perasaan kau jep tuu..and tb and ammar faris my group members for physics lab!!stabuss yang belanja aku eskrem..hahhaa ta sangka kau ingat ae sal eskrem tuu sampai hari last katt palam..ta sangka kau!
hehh diorang-diorang nie jep laa yang aku berani tegur pon kalau aku jumpa okie..hahahaa senang cite diorang nie budak-budak group yang baik ngan aku laa!



haa ta lupa pada housemate yang I sayang nie!!maaf laa sem2 nie pqa selalu tade kat rumah..pqa selalu lepak bilik saing laa..terima kasih untuk semua moments kat palam okie..macam-macam ada!!paling penting sekali terima kasih sebab ajar pqa bahasa kelantan yaa..rindu nok kecek kelate nie..dop saba nok pegi kelate jumpo sep muu  :)




kepada insyirah dan laili terima kasih sebab jadi teman aku maen basket setiap pagi sabtu..hahhaa sekarang aku rindu nak maen basket okie!!jumm korang  :)




okie da habes!!penat aku bagi ucapan..da rasa macam orang menang award pulak daa!!hahhaaa ta bole belah laa..sam yang menang ABH2010 pon ta buat ucapan panjang lebar macam nie an an..hahahaa what eva laa yang penting tujuan aku na hightlite an nama-nama yang banyak menyumbang dan menjadi tulang belakang aku sepanjang kat Palam..even just for a year an an   :)




aku ta bangga pon laa dengan result tuu cuma puas hati laa..tapi aku lagi takut okie dapat result tuu..hurm cmne ae na cakap?!!bukan senang bila kita daa kat atas walaupun tade laa atas mana pon an tapi susah owh!!sebab aku selalu pegang kata-kata nie :


" kalau kita da kat atas jangan sesekali pandang rendah kat orang bawah, jangan lupa kat orang laen, sebab satu hari nanti kau jugak akan berada kat bawah."

"hidup kita an ibarat roda!"


dan aku sangat yakin dan percaya kalau aku bole buat kawan-kawan aku yang lain jugak boleh sebab kita kan sama jep..dan aku sangat-sangat seronok sebab ramai kawan-kawan aku dapat keputusan yang cemerlang jugak..good job guys!!




akhir sekali aku tinggal an korang dengan firman Allah dibawah nie..ayat-ayat Allah yang selalu aku pegang bila mana aku kecewa dan dalam keadaan sedih..renung-renungkan dan selamat beramal kawan!!












:: assalamualaikum ::






nota tambahan : kepada liyana zabidi dan suhaibah maaf aku ta jawab korang tanya pasal result aku okie..haa aku da jawab laa nie..hehehee soriee derr!