tabung dude

Tuesday, November 23, 2010

semangat baru yaa!!

assalamualaikum semua..

fuhh agak lama laa an ta update blog..maag incik BLOG lama ta jumpa kamu..miss u laa  :)


HAHAA so annoying!!

hmm sahabat-sahabat foundation sume baru balek ke Puncak Alam untuk meneruskan salah satu dari tuntutan agama Islam iaitu menuntut ilmu..bagus kamoo!!saya sangat-sangat yakin setiap dari kita semua menjejakkan kaki ke bumi Palam ni dengan satu azam dan semangat yang baru..betul tak??

bagus laa kalau ada dalam diri kita azam untuk melakukan perubahan..melakukan anjakan paradigma ke arah menjadi insan yang lebih baik pada sem baru ini..alhamdulillah ketahuilah kalian bahawa kalian merupakan golongan mereka yang untung..

Ketahuilah sahabat-sahabat sekalian, manusia terdiri dari tiga golongan yang mana golongan pertama merupakan golongan yang untung. mereka merupakan golongan yang mana hari ini lebih baik dari semalam. Golongan yang kedua ialah mereka yang kerugian di mana mereka terdiri daripada insan-insan yang mana hari ini sama sahaja dengan hari semalam. Dan golongan yang ketiga ialah mereka yang mana hari ini lebih buruk dari semalam. Ketahuilah mereka ialah golongan manusia-manusia yang celaka.


Jadi sebagai umat Islam kita sepatutnya menjadi golongan yang pertama iaitu golongan manusia-manusia yang untung. Segala perkara yang baik semasa 1st sem haruslah terus di amalkan dalam 2nd sem ini manakala yang buruk haruslah dijadikan teladan dalam kehidupa semuga kita lebih berjaya dalam 2nd sem ini.


dengar cerita laa an ada jugak budak-budak foundation yang kene "tendang" dan diorang terpaksa tuka aliran.. dinasihatkan supaya berenti and amek diploma. bila dengar camtu kesian jugak. tapi korang-korang sume sabar ae. jadikan laa ini satu permulaan untuk terus berjaya dalam hidup ni.. Allah sedang menguji kalian semua. 

Ingatlah sahabat, ujian Allah kepada hambaNya bukan bermaksud Allah kejam atau tidak sayang akan hamba-hambaNya. antara sebab-sebab kenapa Allah menguji kita:

1. Agar kita mendapat iktibar, memperbaiki kesilapan lalu.
 
2. Boleh jadi kamu benci pada sesuatu itu padahal ia baik buat kamu.
 
3. Melihat siapa yang tabah dapat tempuh ujian ini.
 
4. Allah merindui rintihan doa hamba-hamba Nya yang memerlukan pertolongan serta sedang dalam kegelisahan.
 
5. Tarbiah secara direct dari Allah, untuk menjadikan kita lebih tabah, matang dan cerdik dll Allhu'alam.
 
6. He knows best. He knows best. Banyak hikmah, ada yang kita dah kupas sendiri dan 1001 yang menanti ke hadapan.
 
*thanx to "incik al-farabi" atas info ini*
 
Jadi belajar dari kesilapan yaa..kepada sahabat-sahabat yang berjaya melanjutkan pengajian foundation korang kat Palam jangan lalai pulak dengan nikmat yang Allah kurniakan kat korang. ingatlah musibah yang paling ditakuti dan dasyat ialah dari kesenangan dan kenikmatan yang dipinjamkan Allah untuk kita just sementara je.ingat yaa!! sebab manusia nie selalu lalai bila mereka senang.
INGAT TU AFIQAH!!

~insyaAllah~
 
akhirulkalam, selamat maju jaya dalam melakukan hijrah dalam hidup ini.. insyaAllah semuga hidup kita sentiasa bersama rahmat dan redha dari Allah..amiiin~~

me: keep fighting yaa raja, syira, tini, laili, cua and all the boys palam ex-seratas   (:




~ salam ukhwah ~
nurul afiqah (:


4 comments:

thanx sebab sudi baca post nie..anything to say??just leave your coment here :)
thanks for reading and please come again (n_n)