tabung dude

Wednesday, November 24, 2010

petua murah rezeki

assalamualaikum minasan  :)



insyaAllah hari ni jum sama-sama kita berkongsi ilmu. saya akan sampaikan dan kongsikan dengan korang sume petua-petua untuk dimurahkan rezeki. saya hanya akan menyampaikan apa yang saya tau dan korang share laa pe yang korang tao yaa. mudah-mudahan kita dapat sama-sama belajar dan melakukan perubahan dalam kehidupan ini.

sebelum saya pegi lebih lanjut lagi saya nak ulas sikit konsep "murah rezeki". bila cakap sal rezeki jangan kecilkan skop pemikiran kita hanya pada harta yaa. rezeki di sini konsepnya luas. sangat-sangat luas. segala nikmat dan kurniaan Allah juga boleh dipanggil rezeki. okie saya bagi contoh-contoh laa ae senang :


1. Dipermudahkan urusan kehidupan contohnya dalam belajar ataupun menghadapi musibah.


2. Dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah dan keluarga yang bahagia.







3. Dari segi wang : walaupun sedikit tetapi mencukupi


4. Mudah menerima, memahami dan menghafal sesuatu pelajaran yang dipelajari.


5. Dipermudahkan dalam peperiksaan. (konsep seorang pelajar).

6. Dikurniakan keamanan dan kesejahteraan negara.




haa tu laa antara contoh-contohnya. okie sekarang saya akan kongsi sedikit sebayak ilmu yang saya perolehi mengenai tip-tips agar kita dimurahkan rezeki.


a. Selalulah berdoa kepada Allah agar kita dimurahkan rezeki.




apapun yang kita lakukan dalam dunia ini ingatla bahawa Allah yang mengizinkan setiap kejadian itu untuk berlaku. tidak akan berlaku sesuatu perkara tanpa izin Allah. mintalah kepada Nya agar dimurahkan rezeki yang banyak dan diberkati. kita minta banyak dan biar rezeki yang dikurniakan itu berkat yaa :)


b. Amalkan solat sunat dhuha.


saya rasa semua tao da an salah satu fadhilat solat dhuha ialah semuga dimurahkan rezeki. jadi amalkan solat sunatdhuha ni dengan istiqamah. insyaAllah cuba cari masa untuk melakukannya.cuba hayati makna doa yang disarankan selepas mengerjakan solat sunat ini :

"Ya Allah bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah jika rezeki kami masih di atas langit turunkanlah dan jika ada di bumi keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah dan jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
amiin Ya Rabbala'lamin~











c. Amalkan membaca ayat seribu dinar.

sume orang afal an ayat ni?? okie ayat seribu dinar ni adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq, dari ayat 2-3. Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah dapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin Allah swt.hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu. kat bawah nilaa ayat seribu dinar.kalau boleh kita hafal yaa :)



mafhumnya:


Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
  


hmm nampaknya itu je laa yang mampu saya kongsikan dengan korang sume. harap kita sama-sama dapat amalkan dalam kehidupan seharian dengan istiqamah. sesungguhnya kita hanya manusia biasa yang ta mampu melakukan apa-apa melainkan dengan izin Allah. daripadaNya kita datang dan hanya kepada Allah juga kita kembali. wallahua'lam.


sama-sama kita amalkan dan sampaikan kepada saudara-saudara seIslam kita yang lain. muga segala amalan diberkati dan diredhai Allah.




me: yaa.saya masih berusaha dalam mengejar redha Allah dalam hidup ini  :)







~ salam ukhwah ~
nurul afiqah :) 




0 comments:

Post a Comment

thanx sebab sudi baca post nie..anything to say??just leave your coment here :)
thanks for reading and please come again (n_n)