tabung dude

Wednesday, June 15, 2011

bersediakah kita untuk menghadapi ujian nanti?!!

:: assalamualaikum ::




i think that was quite long enough for me not to write anything here right?!!since i'm quite busy doing my studying and going to classes and doing the tutorial question and others, i have not enough time to update my blog..hahahaa ade orang na kesah ta?!!




so, as what some of my friends know that i'm going to have my 1st test this thursday, that have some good news where my test on thursday will be held on next thursday, 23 Jun..yeah!!seronok kemain laa sebab bole focus on my DE test only!!!














aku sangat yakin dan pasti setiap daripada kita nie pernah menjalani proses menjawab soalan periksa an?!!so hari nie aku na share sikit ngan korang mungkin sedikt ilmu laa dari apa yang aku baca dari blog kawan lame aku dulu incik azfar.


siang malam pagi petang kita akan belajar dan belajar..buat latihan dan buat latihan..berbincang dan sebagainya bagi memastikan kita dapat jawab dengan cemerlang setiap soalan yang akan keluar untuk peperiksaan nanti..dan semestinya kita sangat mengharapkan keputusan yang sangat cemerlang untuk peperiksaan dan ujian tersebut bukan?!!sebab kita dah study dengan sangat bersungguh-sungguh..




dan bila tiba masa menjawab setiap soalan yang diberikan kepada kita, kita mampu menjawabnya satu persatu dengan lancar sekali..keluar dari dewan peperiksaan sudah tentu kita yakin bahawa keputusan yang bakal kita perolehi pasti akan cemerlang sebab kita mampu menjawab semua soalan dengan lancarkan?!!




tapi...














apa yang patut kita rasa bila tiba masa untuk mendapat keputusan peperiksaan tadi, dengan perasaan sangat teruja untuk melihat hasil dari usaha kita selama ini, tiba-tiba keputusan yang diperolehi sangat diluar jangkaan?!!apa yang kita rasa bila soalan yang kita yakin dapat menjawab dengan tepat, solution yang kita berikan kepada pemeriksa kita yang kita yakin betul, semua itu salah..dan keputusannya peperiksaan kita gagal..




masa tuu mula laa perasaan yang sangat kecewa datang menyelubungi diri..terasa segala masa yang diluangkan untuk mengulangkaji pelajaran amat sia-sia..terasa segala persiapan yang dilakukan untuk menghadapi peperiksaan ini sangat tidak berguna..betul ta kawan?!!




sedarlah kawan..ketahuilah sahabat bahawa itu hanyalah peperiksaan di dunia sahaja..itu hanyalah ujian di atas muka bumi yang fana ni sahaja..seperti pepatah yang selalu kita dengar "gagal sekali tak bererti kita akan gagal untuk selama-lamanya"..bangkitlah dari kekecewaan tersebut..oraklah langkah untuk kehadapan kerana kita tidak pernah terduga apakah cabaran dan dugaan yang ada pada masa hadapan kelak..




gagal sekali dalam peperiksaan di dunia ini kita masih boleh lagi menduduki peperiksaan tersebut sekali lagi..dan semestinya kita akan lebih berhati-hati dengan ujian buat kali kedua ini..even kita telah gagal 100 kali sekalipon, kita masih boleh mengulanginya kembali untuk memastikan kita boleh dan mampu berjaya untuk ujian tersebut..




tapi pernahkah kita terfikir, pernahkah kita meyakini bahawa kita mampu berjaya untuk 1 peperiksaan yang sangat dan maha besar sekali yang kita akan duduki dan hadapi di hari akhirat nanti?!!berapa banyakkah persediaan kita untuk menghadapinya?!!berapa peratus pulak keyakinan kita untuk berjaya melintasi siratulmustaqim?!!berapa orang pulak yang mampu menarik nafas lega kerana sudah dijamin memiliki mahligai jannatulma'wa?!!jangan dipersoalkan mengenai "memiliki syurga Allah" tetapi cukuplah sekadar mempersoalkan "layakkah kita mencium haruman dari syurga Allah"?!!




jika di dunia, hanya untuk menghadapi ujian1, kita sanggup tidak tidur malam semata-mata untuk study dan membuat latihan bagi memastikan kita excellence dalam ujian nanti, tapi apa yang kita telah lakukan untuk menghadapi ujian yang maha besar nanti?!!




jika di dunia, hanya kerana untuk menghadapi peperiksaan, kita sanggup berkorban masa gelak ketawa bersama kawan, sanggup mengorbankan masa tidur di atas katil yang empuk, sanggup berlapar semata-mata untuk tidak membuang masa dan belajar untuk peperiksaan.tapi apa yang telah kita korbankan untuk menghadapi peperiksaan yang paling besar nanti?!




jika di dunia, gagal sekali dalam peperiksaan kita masih boleh mengulanginya kembali tapi bolehkah kita mengulangi kehidupan kita setelah kita gagal dalam peperiksaan di akhirat nanti?!!




jika di dunia, gagal dalam ujian masih ada mereka yang sudi menenangkan dan memujuk kita malah mereka mahu membantu kita untuk terus bangkit dan tabah menghadapi dugaan ini..mereka juga masih mahu menolong kita untuk bersiap sedia untuk ujian dan peperiksaan yang akan datang..tapi siapakah yang mahu membantu kita di akhirat nanti sekiranya kita gagal dalam perhitungan tersebut?!!siapakah yang mahu membantu memberikan semangat kepada kita?!!kemana pergi kawan-kawan untuk menenangkan hati yang sedang gusar ini?!!






kita hidup di dunia dengan segala kesenangan dan nikmat yang dikurniakan Allah kepada kita..gembira menjalani kehidupan..yakin akan segala amalan yang dilakukan selama ini sudah cukup untuk membantu kita di hari akhirat nanti..pasti dengan segala ibadah dan bekalan yang dicari di dunia ini sudah mampu untuk memberatkan dacing amalan kebaikan kita..




namun, bila tiba masanya, bila tiba di mahsyar nanti, bila tiba giliran untuk dihisab segala amalan dan segala perkara yang telah kita lakukan sepanjang hidup ini, kita dapati timbangan di sebelah kanan kita kosong..














mengapa tiada satu pon amalan kebaikan aku?!!kemana perginya semua pahala-pahala derma yang aku lakukan?!!mengapa terlalu sedikit ganjaran untuk setiap solat yang aku dirikan?!!





dan disaat itu, apa pon yang kita cuba perkatakan tidak akan dilayan..apa pon yang cuba dipersoalkan tidak akan ada jawapannya..yang tinggal hanyalah jawapan kepada peroses hisab kita..jika berat timbangan pahalanya, maka syurgalah untuknya dan jika sebaliknya, maka nerakalah baginya..proses pengadilan ini adalah yang seadilnya..tidak sama sekali dengan apa yang berlaku di dunia ini..jika di dunia kau mampu untuk mengubah setiap apa keputusan mahkamah dengan kuasa kau, tidak lagi di akhirat..jika dulu kau mampu mempengaruhi mereka yang membuat keputusan agar keputusan yang dikeluarkan memihak kepada kau, maaf!tidak lagi di sini..






pada masa inilah manusia-manusia akan mempersoalkan 




"Ya Allah, aku tidak pernah melakukan ini.."


"Tuhan, kalau dulu aku tidak mempercayai kekuasaanMu..namun berilah aku peluang sekali lagi untuk hidup dan aku berjanji aku akan beriman dan bertakwa kepadaMu."


"Ya Allah, bukan aku yang membuatnya, si fulan bin si fulan yang menyuruh aku untuk melakukannya"


"Dulu aku tidak mengetahui tentang ini dan itu, berilah aku peluang sekali lagi Ya Allah.."




maaf kalian, walau apa pun alasan yang cuba anda berikan jika di akhirat nanti, semuanya tidak akan dilayan..semuanya tidak akan dinilai..


seperti firman Allah Ta’ala :

“Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan.” (QS. Yasin: 65)




kerana pada masa itu, mulut kita yang banyak berdusta ini akan dikunci, dan bersaksikan segala anggota yang ada pada badan kita, setiap amalan akan di adili..



“Dan mereka berkata kepada kulit mereka: “Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?” Kulit mereka menjawab: “Allah yang menjadikan segala sesuatu pandai berkata telah menjadikan kami pandai (pula) berkata, dan Dia-lah yang menciptakan kamu pada kali pertama dan hanya kepada-Nya lah kamu dikembalikan.” (QS. Fushshilat: 21)







jadi, sementara kita masih diberi peluang untuk membetulkan segala kekhilafan kita yang lalu, ayuh kawan ambil peluang ini dan bersama-sama kita memperbaiki diri..sebelum matahari terbit di barat, mohonlah ampun dari Dia Yang Maha Mengampun agar segala dosa yang pernah dilakukan diampunkan..sebelum gugur bintang-bintang di langit, mohonlah kemaafan dari semua orang yang pernah kita lakukan kesalahan..moga-moga proses perhitungan kita di sana nanti dipermudahkan..


ingat sahabt dan saudara sekalian, hidup di dunia hanyalah persinggahan yang sementara dalam perjalanan kita untuk ke alam akhirat..kaut dan kumpullah seberapa banyak pon bekalan untuk kehidupan kita yang kekal abadi di sana nanti..dunia adalah jambatan untuk keakhirat..

semuga kita semua sentiasa di dalam rahmat Ilahi..


wallahu'alam~









Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami.kurniakanlah kami hidayah Mu.tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan-jalan mereka yang Engkau redhai dan bukan jalan-jalan mereka yang Engkau murkai.Sesungguhnya hanya kepada Engkau kami meminta tolong dan hanya Engkau tempat kami bergantung harap.tiada daya upaya kami selain dengan izinMu Ya Allah..






5 comments:

  1. usaha yg disusuli pergantungan harap kita pada Ilahi. all the best.

    ReplyDelete
  2. good lup n all da best dear...trust urself n pray to HIM...=D

    ReplyDelete
  3. usaha before tawakal.. may ALLAH help u..
    all the best =)

    ReplyDelete
  4. cik jah! sibuk nau ke?? dah berkulat blog nih.

    ReplyDelete

thanx sebab sudi baca post nie..anything to say??just leave your coment here :)
thanks for reading and please come again (n_n)