tabung dude

Monday, May 2, 2011

soal jodoh ketentuan Allah

:: assalamualaikum ::




















baru kejap tadi singgah baca entri mek na..tetiba teringat masa form5 dulu-dulu..teringat dekat sahabat aku sorang nie nama dia saidatul akma binti zakaria..sahabat yang sangat baik dan berdedikasi kalau buat tugas dia..i miss her sooo much actually..




back to the  tittle of the entry..korang penah dengar ta satu nasyid yang bertajuk "Doa Seorang Kekasih" dendangan merdu dari kumpulan Inteam?!!that is my favorite song since i'm in form 5..owhh bukan "my" but "our" sebab sekali ngan akma..kami memang minat sangat dengan lagu nie..boleh kata ta jemu laa dengar lagu nie tiap-tiap hari..so kepada sapa yang mungkin ta pernah dengar bole laa pegi search dekat youtube pegi dengar sana..ta pon bole dengar dekat entry before nie  :)






and this is the lyric~







Doa Seorang Kekasih




Album : In-Team'04
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com



Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan 
Dia milikku, tercipta untuk diriku 
Satukanlah hatinya dengan hatiku 
Titipkanlah kebahagiaan 

Ya Allah, ku mohon 
Apa yang telah Kau takdirkan 
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku 
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku 
Pelihara daku dari kemurkaanMu 

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah 
Beri kekuatan jua harapan 
Membina diri yang lesu tak bermaya 
Semaikan setulus kasih di jiwa 

Ku pasrah kepadaMu 
Kurniakanlah aku 
Pasangan yang beriman 
Bisa menemani aku 
Supaya ku dan dia 
Dapat melayar bahtera 
Ke muara cinta yang Engkau redhai 

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih 
Engkau sahaja pemeliharaku 
Dengarkan rintihan hambaMu ini 
Jangan Engkau biarkan ku sendiri 

Agarku bisa bahagia 
Walau tanpa bersamanya 
Gantikanlah yang hilang 
Tumbuhkan yang telah patah 
Ku inginkan bahagia 
Di dunia dan akhirat 
PadaMu Tuhan ku mohon segala 









best kan lagu die?!!sarat dan sangat bermakna kalau dihayati..hehh ingat orang yang bercinta jep kee perlu berdoa doa-doa macam nie?!!owh anda silap laa kawan..sebenarnya kita memang perlu berdoa dari sekarang agar suatu hari nanti kita dipertemukan dengan jodoh yang baik untuk kita..macam semua orang tau yang jodoh pertemuan ditangan Allah kan?!!






jadi rajin-rajin lah berdoa agar kita dipertemukan dengan jodoh yang terbaik untuk kita suatu hari nanti..mungkin aku masih muda lagi hahahaa perasan muda!!  nak cakap pasal mende-mende macam nie..tapi yahh apa salahnya aku bagi tau sekadar untuk berkongsi dan mengingatkan diri sendiri juga..




sebab ummi selalu jugak pesan..owhh walaupun bukan pesan kat aku sebenarnya, ummi pesan dekat kakak tapi bila aku ada sekali terpaksalaa terkena tempias dia an..






sapa yang tak nak dapat future-husband-coming-soon yang baik, beriman dan bla bla bla dan blaa blaa.. kalau ditanya kita masing-masing ada ciri-ciri lelaki idaman an an?!!cewahh bohong laa derr kalau kau cakap kau ta pena fikir sal mende alah nie an an..tambah-tambah yang pernah/ada pengalaman dalam dunia bercinta nie an an?!!




tapi kalau aku laa an aku memang sangat mudah tertarik dengan mereka yang berwatak-baik-dan-bila-tengok-sejuk-mata-memandang..owh di sini bukan bermaksud muka dia yang nampak baik okie..watak dia laa derr..zaman sekarang ramai jep bila tengok muka wahh-baik-gila-budak-nie tapi bila tengok perangai dasyat-gila-tak-boleh-blaa..






carilah pasangan yang beriman.. iman itu yang paling penting..bukan yang bernama IMAN okie tapi yang beriman, yang mampu membimbing kita ke arah kebaikan..membawa kita menuju syurga Allah di akhirat nanti..insyaAllah  :)


















mungkin aku boleh share satu story yang aku baca dari satu website nie..menarik dan boleh dibuat renungan..












*** *** *** *** *** ***




CERITANYA BEGINI…



“Emmm..Sukar betul nak cari isteri yang solehah,” luah seorang pemuda ketika menghadiri satu seminar anjuran sebuah badan NGO.


“Macam nak cari gagak putih,” tambahnya.

“Agaknya memang dah jadi hukum dunia , yang berharga itu susah mendapatkannya,” katanya lagi sambil merenung saya(ni yg lemah ni),
mungkin dia memancing respon saya.

Saya cuma tersenyum.Akhirnya saya bertanya dgn selamba, 
“Dah kawin?”

“Belum lagi..Kenapa?” Dia membalas sambil tersenyum. (Aduh..Hensem gak mamat nih)..

“Belum jumpa yg solehah ke?” Saya terus mengusiknya.

“Kira-kira saya dah lewat 3 tahun ni,” katanya sambil menjeling mesra pada saya dan mengulangi dengan lebih tegas, “Lewat 3 tahun!”

Saya kehairanan.

“Saya dah 28 tahun. Umur ideal untuk kahwin kan 25? Saya dah terlayak 3 tahun.”

“Oh gitu.. biar terlajak usia, asal jangan tersalah pilih!” usik saya lagi.
Seronok berbual dengan pemuda ceria sepertinya.



“Nak cari yg betul-betul solehah bukan senang.”

“Kalau tak jumpa, macam mana?”

“Tulah yang saya pening ni. Adakah syarat-syarat saya ni terlalu sukar dipenuhi?”

“Apa syaratnya?”

“Syarat-syarat wanita solehah.. mesti solat, taat ibu bapa, berakhlak, tutup aurat, pandai mengaji, puasa sunat…”

“Macam tu tak susahlah.. Ramai yang ada syarat-syarat macam tu,” balas saya.

“Tu yg lahiriah. Yang paling penting bertakwa,” katanya lagi.

“Macam mana pula nak ukur takwa tu?” Tanya saya.

“Tu yg pening. Takwa tu dlm hati. Ni soal hati. Tapi apa boleh buat, Saya nakkan juga isteri yang solehah, isteri yg bertakwa!”



“Nak tak kalau saya kongsi tips yg mudah bagaimana nak dapat isteri solehah?” pelawa saya.

“Adakah cara mudah? Tak percaya pula saya.”

“Tak payah susah-susah nak ukur, telek, nilai dan kaji orang lain..”
(diam jap sambil tengok muka blur dia)

“Tak payah nak teropong takwa dan iman di dada orang lain..” tambah saya.
Dia semakin hairan.

“Saya tak faham. Macam mana kita boleh memilih calon isteri tanpa menilai syarat-syaratnya. Itu kan panduan daripada hadis?”

“Itu satu cara. Tapi ada cara lain yg juga menggunakan prinsip yg sama.”



“Apa caranya tu?”

“Untuk dapat isteri solehah, jadikan diri sendiri dulu calon suami yg soleh!” tegas saya.

Dia terdiam sejenak. Sebelum sempat dia bersuara, saya susuli dgn penjelasan:

“Cuba cari ciri2 suami yg soleh..Bina semua ciri tu dalam diri. Bina sahsiah lahiriah seorang lelaki soleh. Kemudian muhasabah pula soal hati.. ukur iman dan takwa diri kita”

“Nak ukur iman dan takwa kita sendiri? .. susah tu. Itu soal maknawi!”

“Tapi itu jauh lebih mudah daripada nak ukur iman dan takwa org lain..”
Dia mengangguk.



“Alhamdulillah, tersingkap 1 dimensi lain dlm usaha saya mencari isteri yg solehah. Tp apa jaminan cara ini lebih cepat?”

“Saya tak maksudkan lebih cepat, tetapi mungkin lebih tepat. Sebab cara ini ada kelebihannya..”



“Apa kelebihannya?”

“Sebab semuanya terletak pada diri sendiri. Lebih cepat awak membina ciri2 lelaki soleh, lebih cepatlah awak meningkatkan iman dan takwa dalam diri.. Maka lebih cerahlah peluang untuk mdapat isteri solehah. Semuanya atas usaha terhadap diri sendiri dulu.”

“Jaminan 100%?”

“Mana ada jaminan macam tu dari manusia biasa? Yakin janji Tuhan..InsyaAllah. Kan jodoh pertemuan di tangan Allah.”

“Bukankah Allah dah beri jaminan lelaki mukmin untuk perempuan yg mukminah? Lelaki soleh akan bertemu jodoh dengan wanita solehah? InsyaAllah”

















“Habis sekarang ni saya terpaksalah hentikan pencarian wanita solehah demi berusaha menjadi lelaki soleh, gitu?”

“Tak gitu. Cuma lebihkanlah usaha mjadi lelaki soleh. Sambil itu, teruskan juga pcarian menjejaki isteri yg solehah.”

“Baik juga cara ini. Serampang dua mata,” katanya.


“Satu lagi.. pesan saya, berpada-padalah dgn piawaian solehah awak tu. Jgn terlalu tinggi, nnti tak tcapai. Cukuplah dgn tahap sederhana.”

“Maksudnya?”

“Jgn tlalu ideal memilih calon isteri kerana sifat2 solehah itu sesuatu yg bersifat on going process. Maksudnya dibina secara berterusan. Mungkin sbelum kahwin tahapnya sederhana, tetapi dengan pimpinan suaminya nanti, tahap solehahnya boleh dpertingkatkan lagi.”

“Boleh blebih kurang lah ye?”

“Bkn begitu maksudnya. Panduan dan ajaran Islam ini mudah tetapi itu bukan alasan untuk dpermudah-mudahkan.”


“Apa kaitannya dgn apa yg kita bincangkan ni?”

“Begini, awak mesti ketat dalam menilai diri sendiri. Jangan ambil mudah soal iman dan takwa diri. Letakkan piawaian yg tinggi buat diri sendiri. Bukankah lelaki yg nantinya akan jd pemimpin isteri dlm rumahtangga? Sebaliknya, permudah dan rendahkan sedikit penilaian terhadap calon isteri, dengan perkiraan nanti dia boleh dbentuk lg setelah menjadi isteri..”

“Oh, saya faham..”


“Baguslah kalau begitu. Sayangnya, kebanyakan lelaki menilai sebaliknya.. Untuk diri sendiri dinilai dgn piawaian soleh yg rendah, tetapi utk calon isterinya dnilai dgn piawaian yg tinggi mlangit.. Itu silap..”


“Alhamdulillah.. Saya harap jodoh saya akan tiba jua nanti.”

“Amin.. Tamatkanlah penantian solehah itu dgn mpercepatkan pbinaan soleh diri!”






(yg ni offrecord..)




“Kalo cam2 awak je la jd calon isteri saya?”
Terkedu seketika.. 


“Pulak!”  




=.="







*** *** *** *** *** ***




Yakinlah dengan janji Allah  :)




wallahua'lam..










:: assalamualaikum ::








8 comments:

  1. nice.suke sangat.cmne nak letak link kau nie ke blog aku yeee?? nak yang post niee

    ReplyDelete
  2. YB : link jep laa cm besa jep laa..hahaa link ape wey ta paham?!!


    kalau kau nak copy & paste jep pastu link an aku pye blog laa :P

    ReplyDelete
  3. amboi3...
    semangat deme
    hahaha

    ReplyDelete
  4. eleh zuhair mcm kau ta jep an an..hahahaa


    wey ape yg nmpk semangat sgt nye?!!

    ReplyDelete
  5. ehehe...fifi cayam...kihkihh...=))

    ReplyDelete
  6. semangat nk kawen la...
    haha

    ReplyDelete
  7. hahahaa tade laa semangat sgt..saje je tulis chek oiy~

    ReplyDelete
  8. ai dik???nk kwen da ker???da wt p0st cm nie kt bl0g k0,,,hehehe

    ReplyDelete

thanx sebab sudi baca post nie..anything to say??just leave your coment here :)
thanks for reading and please come again (n_n)