tabung dude

Monday, December 26, 2011

JANGAN TIDUR LEPAS SUBUH

Assalamualaikum kawan-kawan.subuh2 nie mehh aku nak share satu artikel yang aku jumpe dekat iluvislam.artikel yang menarik dan boleh dijadikan panduan.selamat membaca dan beramal yeee ^^.


Kepada sahabat-sahabat yang disayangi mari kita muhasabah diri. Di sebalik diri kita ini, ada sifat pemalas yang perlu diubah. Jika kita tidak ubah tabiat pemalas kita ini, maka bermacam-macam impak negatif bakal menghanyutkan diri ke arah kemudharatan yang lebih besar.
Jika tidak sekarang, bila lagi bukan?Takkan mahu tunggu usia sudah senja baru kita terhegeh-hegeh mengubah diri. Ketika itu, tabiat pemalas kita sudah sebati dengan diri dan amat degil untuk disental segala kekotorannya yang sudah lama melekat dan merosakkan hati kita.
TABIAT PEMALAS YANG PERLU DIUBAH
Cuba cek diri kita, mana 1 menjadi amalan seharian :
1. Bangun subuh lewat
2. Tidur selepas subuh
3. Melewatkan waktu subuh
4. Ala kadar je bangun subuh
5. Tak bangun pun solat subuh
Sahabat-sahabat, masih ingat lagikah? Di waktu zaman berhingus dulu? Ustaz yang mengajar subjek Pendidikan Islam selalu bertanya di dalam kelas,
"Siapa yang tak cukup solat 5 waktu semalam, sila berdiri"
Tanpa segan silu, secara berjemaahnya kita pun bangun sahabat. Dan bila ditanya, rata-rata yang tak cukup solat 5 waktu, adalah kerana tidak bangun suboh. Kenapa ya sahabat?
Dan kenapa dari kecil lagi, kita dididik sebegini? Diberi penekanan betapa pentingnya bangun subuh dan meraikan ke"subuh"an dengan cara tidak tidur semula seperti bebelan mak kita.
"Jangan tidur lepas subuh. Rezeki tak masuk nanti"
"Anak dara tak manis tidur banyak. Matahari terpacak atas kepala baru nak bangun"
JIKA MAHU BERMUHASABAH
Rasulullah SAW tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, "Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi." Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh.
Walaupun hakikatnya  tiada dalil dan hadis-hadis soheh mengenai larangan tidur selepas subuh, dan yang ada cuma pendapat daripada para ulama mengenai tidur selepas subuh adalah MAKRUH tetapi tiada larangan tidur selepas subuh.
Dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar :"Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah WAKTU MENCARI REZEKI dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi orang yang BERAQAL".
Tetapi, kita sedar tak wahai sahabat?
Kenapa seharian hidup kita tidak bermaya dan tidak bersemangat?
Kadangkala kita pernah menangis kerana tiada duit untuk bayar sesuatu yang penting, malah setiap hari kita pohon kepada Allah agar dimurahkan rezeki, tetapi seolah-olah tiada kesannya?
Kalau orang perempuan, bermacam-macam jenis pencuci muka dicubanya semata-mata nak "kulit bercahaya".
Kalau orang lelaki pula, kerisauan yang tak menentu, jadi bermacamlah "ubat kuat" yang dipakainya.
Kita nak ke isteri macam ini? Nak ke suami yang sebegini?Masing-masing menggeleng tersengih sendirian. Jika kita tak nak pasangan seperti sedemikan rupa, maka kitalah orang pertama dahulu yang kena berubah. Bukan nanti, tetapi sekarang.
MASA UNTUK BERUBAH
Maka untuk itu tidak ada alasan lagi untuk menyeru kepada PERUBAHAN.
Buat diri, pastikan masa yang terluang selepas subuh diisi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Jangan tidur terlalu lewat jika sayangkan waktu keemasan di kala subuh.
Buat ahli jemaah, sudahlah diri sibuk, hanya masa ini sahajalah waktu untuk belajar. Gunakan masa sebaiknya.
Buat suami, carilah rezeki. Jangan tidur.
"Kemudian setelah selesai solat, maka betebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). -Surah Al-Jumuah (Ayat 10)
Buat isteri, masaklah, kemas rumah dan sebagainya. Takkan hilang seri rumahtangga kalau kehidupan bermula sebelum terbit fajar. Mak mertua pun tak bising lagi.
"Pesanan terpenting untuk para imam dan bakal imam terutamanya untuk diri sendiri, biasakan diri jangan tidur lepas subuh dan jangan tinggal solat jemaah di masjid, nanti selepas kahwin boleh didik isteri, kalau tak dua-dua hanyut."
Buat pelajar, kalau nak tips study smart ingat hadith ini "kalau tidur selepas subuh papa dan tidur selepas asar boleh jadi 'gila'." Jangan salah pilih waktu untuk belajar atau menghafal.''
Ibnul Qayyim pernah berkata,"Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya."
Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah bermalas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan bermalas-malasan pula.
Antara AKAL dan NAFSU. Pertarungan ini hanya dimenangi jika manusia bersandarkan IMAN. Jika tidak manusia sama sahaja seperti haiwan, tidak menggunakan akal dengan betul. Pembaziran masa adalah perkara yang sangat merugikan. Dan hanya syaitan yang suka pembaziran. Masa itu ibadah. Semoga Allah memberi kebijaksanaan dan kekuatan untuk kita sama-sama mengikut perintah-Nya.
Sedang Nabi melewati anaknya Fatimah RA yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda :

"Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari." (Diriwayatkan al-Baihaqi)



notakaki :
-pada aku laa an orang lelaki yang solat subuh jemaah kat masjid memang macho and gentle laaa.lagi-lagi kalau 5waktu jemaah.waa suke suke  -_^
- hahaa tirulaa macam aku, subuh-subuh da semak an meja dengan sume buku2.hahaa study yokkk!

aku memang kalau study meja ta semak ta sah!hehee


study dengan buah hatii  :))

 
all the best kawan!!!






enaf enafff!!jummm sambung study~

**rehatkanotakjaptadi.sambungCIRCUITjummm!!

Saturday, December 17, 2011

bilamana Islam hanya pada nama.

warning!!
**entri ini sekadar luahan hati yang sedang bersedih!!**
hanya wording dan tiada gambar..


assalamualaikum.


mood nak tulis entri nie tengah swing sangat-sangat.tengah sedih sangat-sangat.tengah gusar dan risau sangat-sangat.dari semalam lagi sebenarnya aku rasa cumanya tatau na cerita kat sapa.so aku tulis kat sini so that korang-korang mungkin boleh tolong aku selesaikan masalah nie.or paling koman pon tolong bagi pendapat korang laa kenapa perkara macam ni boleh terjadi?!


the main thing yang buat aku swingg hilang mood semalam pasal UNITEN punye system nie haa.yang suke sangat buat keputusan tanpa berbincang dengan student dulu but then impaknye kene kat student jugak.camonn laa wehh yang belajar student okie bukan korang.urghhh!


tapi sebenarnye tu tade hal sangat sebab aku pon tade kesah sangat pon.janji dapat belajar sudehh.cume tu laa kadang-kadang tindakan diorang tuu macam ta nampak rasionalnye.mungkin aku ta nampak lagi kot, tapi aku berharap diorang akan bagi penjelasan yang sewajarnya untuk masalah nie.jangan sampai ade students yang panggil 'Aduan Rakyat' pulak kang.and ade jugak yang buat tunjuk perasaan.errr harap-harap taa laa yee~


cume sekarang otak aku kusut gilee.sakit gileee bile aku fikir balik pasal dunia zaman sekarang.






aku sedih sangat okie!




sedih yang aku ta dapat cakap dan tunjukkan.cakap pon ta boleh na gambarkan kekecewaan aku.urghh melampau sungguh tuu!hehehee






































































aku rasa korang da dengar and baca kisah pasal ariff dan jonathan yang mana orang Islam Melayu kite kawin dengan mat saleh.kawen ta jadi masalah tapi masalah sekarang nie jantinanye.aku malas na ulas panjang pasal diorang takut jadi fitnah pulak.yupps aku tau bukti da ade tapi kita ta tau ape yang sebenarnye 'cerita' disebalik sume nie.mana pergi Islamnya?! Islam hanya pada nama?!


itu aku baca petang semalam.perghh remuk hancur hati aku bila tau yang mana orang Islam sendiri yang menjatuhkan Agama suci ni. even aku ta kenal die tapi aku tetap rasa sedih. sebab saudara "seIslam" aku sendiri yang mencalarkan Islam sendiri depan matsalih2 kufur tuu.lepas tu pulak boleh berbangga pulak tuu muke die bile buat dosa.ya Allah kau manusia memang ta takot azab yee??nauzubillah!! diorang makin suke laa gamaknye bile tengok orang Islam jadi macam tuu.


haa tu satu.yang jadi dekat negara orang putih nun.mungkin die da ketandusan Iman agaknya kat sana maklumlaa jauh dari keluarga.err boleh terima kee?!Islam ada kat mana2 kot cume kau jee yang kene cari Islam utk memantapkan iman.wallahua'lam.


haa nie yang M'sia tercinta nie pon satu.semalam tengok laa Galaksi rancangan gosip-gosip retisretis M'sia.biaselaa weeken ktrg mmg layan mende2 camni.saja syok-syok.but then cerita semalam banyak gilee cerita pasal artis seksi seksa.err maknanye cerita yang pasal gamba seksi tersebar laa hape laa blablablablaaa..


i dun care laa u guys na seksi meksi nampak sane sini sume tuu. itu hak korang kan.cumenye aku sedih gilee sebab kau tuu Islam. bile berlakon dengan pengarah yang bukan Islam dan disuruh tayang sana tayang sini kau buat.lepas tuu bile orang tanya kenapa buat macam tuu kau cakap 


"Aeh itu dah memang kerja I, director suruh buat macam tu, I buat laa.kite nie berlakon, orang suruh buat kite buat laa." 


watthefishhh laa perempuan.otak kat mane derr?? kau menjatuhkan maruah kau sebagai seorang perempuan okie!! paling dasyat lagi maruah kau sebagai seorang Islam!!!


statement yang paling ta tahan aku dengar "kadang-kadang bagus jugak kontroversi macam nie **which mean kontroversi gamba seksimeksi die**  kalau ta orang ta kenallah Nur *** ******. aeh cop2 saya nak tanya belakang perempuan tuu seksi kee?!kalau tunjuk belakang tuu seksi aeh abg nas?!"


urghhhh!!malu wehh maluu.bile mane perempuan da tade rasa malu.and seee kau dengar name die pon kau tau die Islam.siap pakej nama bapak sekali keluar.errr busuk nama ayah kau kawan!


so aku na tanye laa, mane penting lagi?!


ISLAM ke KERJAYA?!


bak kata ummi, ''diorang nie kalau ta tayang-tayang badan memang ta boleh belakon aeh?!''


nauzubillahhiminzalik.


ummi selalu pesan, 


''kalau jumpe+nampak+dengar+tengok orang-orang sepisis nie, jangan kutuk dan marah jangan maki hamun die.ape korang dapat kalau korang buat macam tuu?! baik korang doakan semuga Allah memberikan taufiq dan hidayah kepada diorang-diorang dan menjauhkan kita dari terjebak dan menjadi macam tuu"




















tuu laa.sedihkan bile tengok kawan-kawan kite sekarang nie.rasa malu tuu makin kurang.makin nipis.makin hilang.bukan nak cakaplah tapi kebanyakan artis sekarang nie makin hilang rasa malu diorang.subhanallah.baju makin kecik kain makin singkat nampak sanasini tapi macam cool jee jalan sanasini.ta malu kee?!ta segan kee?


ummi cakap " kalau diorang tu ade iman takan diorang buat macam tuu laa."




itu dunia artis malaysia.dan hakikatnya orang-orang yang bukan artis nie pon lebih kurang jee.




aku lagi-lagi sedih bile tengok kawan-kawan yang aku kenal yang dulunya comel ayu jee bertudung litup. tapi bile jumpe sekarang nie.masyaAllah. tudung terbang melayang, baju ngan seluar pakai adek-adek diorang punye. 


itu laa yang paling aku sedih sekali. aku tau aku ta mampu nak menegur diorang. aku tade kekuatan nak buat semua tuu.aku hanya mampu mencegah dengan hati. membence perbuatan tersebut dan aku atu itulah selemah-lemah iman. bukti jelas iman aku sendiri pon masih lemah kan. 


aku cume membenci perbuatan diorang jee okie. hakikatnya aku still sayang dengan kawan aku. aku hanya mampu berdoa semuga sahabat aku tuu akan kembali ke pangkal jalan.mungkin die terlalu terikut-ikut jiwa remaja kot. an an?!!sape tau.


kepada aku dan aku dan aku dan korang-korang sume. jadikan semua nie sebagai satu pengajaran. jangan ikot yang ta elok. kite semua da besa daa bole fikir yang baik dan buruk. orang selalu kata buang yang keruh amek yang jernih.aehh boleh pakai kee?!! 


setiap orang melakukan kesalahan kan tapi seteruk-teruk manusia ialah mereka yang melakukan kesalahan tapi berbangga dengan kesalahan yang diorang lakukan.


okielaa wehh.panjang melebar mencecehh kat sini.orang cakap kalau banyak cakap banyak salahnya dan bile banyak salahnya banyak pulak dosanya.tapi aku ta cakap aku tulis jee an.hehehee 


semuga kite semua sentiasa dalam naungan rahmat Allah.sentiasa diberikan taufiq dan hidayah untuk sentiasa berubah kearah kebaikan. kesimpulannya, dunia semakin hampir dengan kiamat. nabi bersabda umat akhir zaman nanti akan ada kembali segala perkara yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dulu.


memang diorang ade pendidikan tinggi menggunung. tapi ta gune kalau ilmu banyak tapi masih JAHIL dalam Islam. ta gune wehh jadi kaya raya tapi dalam kau masih lagi JAHIL.


ingat!!



"orang yang membebel menasihatkan kau sebenarnya dia bukan lah bagus sangat, tapi die nampak kesilapan yang kau buat, jadi bile die jugak buat salah kau nampak kau pulak laa yang nasihatkan die. sebab kita nie manusia salah orang memang kita nampak salah sendirik selalu jee terlepas pandang"

-ft laa-


sorie dan maafkan saya yaa kawan-kawan kalau entri nie ade gune perkataan2 yang kasar.err  terEMO pulak. ^^.

Tuesday, December 13, 2011

weeken before final

serius aku cakap, masa yang paling heaven sekali dalam hidup aku nie ialah masa dimana aku habis an dengan family aku.**errr ayat skema kah?! alhamdulillah weeken nie berpeluang jugak dapat balik umah setelah hampir beberapa minggu ta balik.

jadi ape yang aku na bagi tau, weeken nie aku memang habis an mase gile gilee dengan family okie!buku?!memang ta sentuh laaa. report?! sorry to say laa tapi memang aku ta buat sikit pong.

aku kalau kat rumah memang derr.facebook, buku, assingment, quis kee memang aku ta hingat laa. even handphone aku letak kat mane-mane pon aku ta kesah daa.sebab aku na habis an mase aku ngan family aku habis-habisan.heheee serius wehh!

sebabnye pahni, aku da kene pulun habis-habisan untuk final exam. so i need to wait another 1month to be wif my family back.lame kot!!memang aku rindu laa nanti.lainlaa kalau dorang na melaawat aku kat sini.memang untunglaaa!

final exam?!errr it just around the conner guys!!another two weeks i guess.hehee so pulun habis-habisan.untuk sahabat-sahabat yang lain. ganbattekudasai  ^^.




niat BELAJAR bukannya bermaksud SKOR 'A' semata-mata
tetapi niatnya mestilah untuk BELAJAR mengenai ilmu NYA

tapikan Islam mengajar kita untuk bersungguh-sungguh 
dalam setiap apa jua yang kita usahakan.
jadi belajar bersungguh-sungguh yaa
kerana belajar itu merupakan salah satu cabang jihad.



Friday, November 18, 2011

kau memang kau lagi sampai sekarang






aku rindu kehidupan aku dulu
serius tak tipu
tapi aku mesti bersyukur
dengan kehidupan aku sekarang
sebab kalau takde kehidupan yang dulu
takdelah kehidupan aku yang sekarang nie  :)


even sekarang aku takkan jumpa
orang yang sama dengan orang yang dulu
tapi aku tetap gembira
dengan orang-orang yang aku jumpa sekarang
tapikan takde lagi sape pon 
yang berjaya ganti tempat orang yang dulu dalam hati aku

hahahaa aku rindu kau laa wehh!!

tapi aku tau kau ta tau siapa KAU tuu
dan aku kene yakinkan diri aku
"siape laa aku nie an?!"
"kau siape aku siapa"


yess i must!!


err merepek sudah!!
tapi betul kot.
heheee  ^^.













err err okiebye!!




ft laa~

Saturday, October 29, 2011

Why we must read Al-Quran?!

assalamualaikum readers.




Why we need to read Quran?!even if we can't understand a single Arabic word?! I have a beautiful story that i got from my Naqibah for our Halaqah last week.so please read till end and shared with anyone u want..








An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Quran. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.


One day the Grandson asked
"Grandpa! I try to read Quran just like you but I don't understand it, and what I do understand i forget as soon ad i close the book. What good does reading the Quran do?!"


The Grandpa quietly turned from putting coal in the stove an replied,
"Take this coal basket down to the river and bring back for me a basket of water."


The boy did as he was told to do, but all the water leaked out before he got back to the house.


The Grandpa laughed and said,
"You'll have to move a little faster nest time boy."


He sent him back to the river with the basket to try again. this time the boy ran faster, but again it was impossible to carry water in the basket, and again he went to get a bucket instead.


The old man said,
"I don't want a bucket of water, I want a basket of water. You're just not trying hard enough."


He went out the door to watch the boy try again. At the point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into the river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty.


Out of breath, he said,
"See grandpa, it's useless!!"


"So you think it is useless?!"


The old man said,
"Look at the basket."


The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from dirty old coal basket and now it was clean, inside and out.


"Boy, that's what happens when you read the Quran. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and outside. That is the work of Allah in our life."


Boy "........."












so, the moral of the story?!!
fikir-fikirkan dan selamat beramal  :))






manusia terdiri dari dua elemet iaitu Jasad(jasmani) dan Roh(rohani).kita perlu dijaga kedua-duanya.jasmani memerlukan makanan untuk 'kenyang' begitu juga rohani.


apa makanan untuk rohani?!jawabnya ialah zikrullah(dengan mengingati Allah).jadi dengan membaca al-quran juga kita boleh 'mengenyangkan' rohani kita yang mungkin tengah starving sekarang.cube ingat balek bile kali terakhir kita membaca al-quran?!






"sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang"























Wednesday, October 26, 2011

misi menawan Broga Hill

assalamualaikum semua!!


guys u olls dapat cuti sempena Deepavali bape hari haa?!ce cite ce cite.buat ape korang cuti-cuti nii haa?!aku dengar cite budak-budak IPTA dapat cuti lame.untunglaa!!


kitorang just cuti sehari jee wehh.hari rabu jee cuti.ape boleh buat da naseb badan an an.so budak-budak SERAMU plan na pegi hiking kat Bukit Broga or Broga Hill.so aku yang tak penah pegi Broga Hill ni pong cam excited jee na menawan puncak bukit.heheee ape lagi dengan segeranya bagi nama untuk volunteer join dorang.yeah yeah!!


perjalanan bermula pukul4 pagi tadi sebenarnya.hahaa biase laa kau projek buat 'underground' na kuar pepagi buta ni memang susah laa.tambah-tambah fello yang on duty fello yang super dupeer straight.hamek kau!kene jumpe orang tuu orang ni, sains sane sains sini.last-last dari plan na gerak kul4 tertunda gerak kul5.haihh~


sampai kat tapak kaki bukit, dalam 5.30 pagi kot ta silap, kitorang gerak naik atas..hehehee excited ohh!!


baru sampai kot.
 
lets start our journey guys!!





sampai puncak bukit 1 dalam 6.15 pagi.trip kitorang around 13-14 orang lambat sikit sampai sebab tadi an masalah na kuar dari main gate.kat atas jumpe kembo and the geng.dorang da sampai lame kot aku ase sebab nampak siap sempat tidur lagi sume.eeh kembar kembo ade jugak derr.terkejut aku.


see sempat tidur lagi hokey!









so kat atas tuu lepas sampai solat-solat sume siap pahtu lepak-lepak jap amek2 gambar sementara tunggu sunrise.aku kagum sebab mase aku tengah amek wudu' dengar suara imam yang tengah mengimamkan jemaah dia.tapi aku ta dapat tengok diorang punya jemaah pon.ase macam na join jee.aku ase diorang pon ade trip jugak kot.pahtu diorang siap ade tazkirah subuh lagi ohh kat situ siap gune haler lagi.aku kagum sangat-sangat!!well this is one of the way kita nak dakwah an an  :))






puncak pertama!

solat-solat  :))




kau faham-faham jee laa perempuan kalau dengan camera.ta abes-abes bergambau nyee.haihh aku tengok diorang asyik amek gamba pon pelik.korang ta penat ke kak oii amek gamba?!!hahahaaa si geng-geng kembo penat tunggu budak-budak nie sebok amek gambar.sampai die tanya na sambung naik atas lagi kee ta pon ta layan.sian sian.sabau jee laa yee babe!nthen aku ase die da hot kot so dorang pon blaa turun dulu pastu.sabau babe sabau!!




kembo nad the geng!




nthen lepas da abes posing segala bagai sume kitorang baru decide sape na terus an sape ta nak?!aku join untuk terus an menawan puncak.haihh rugi ohh kalau naik half jee.lagi pon aku ase hiking kat sini tade laa penat sangat babe.ta pancit pooon.penat memang laa tapi tade laa penat sangat.heheee suke suke suke  :))


here i have some pictures along the journey :






nie dari puncak pertama menuju ke puncak kedua.
come onn guys!
ni yang paling tough sekali okie.untuk sampai ke puncak kene lepas batu besau ni dulu.
curam die almost 90 degree kot.but i did it.yeahh!!

yang belakang tuu puncak pertama yang kitorang lepak mula2 tadi.
see pemandangan yang SANGAT cantik kan kan?!!

daki jangan ta daki.yeahh!

menunggu giliran untuk menawan cheakpoint terakhir.sabau jee laa~




tapi satu benda yang paling aku suke die punye pemandangan.wa cakap sama luu babe pemandangan die memang superrb laa babe!!masyaAllah sangat sangat sangat cantik u olls.subhanallah  :))


kat atas tuu sume orang bawak camera sendirik.DSLR laa CANON laa.tapelaa aku gune camera hp cikai jee babe.even gune camera hp jee pon, aku dapat captured pemandangan yang superb lawa tanpa perlu edit-edit.


ta percaye tengok gambar-gambar nie.sume aku amek gune camera cikai jee tapi tetap superb!!




















well aku ase tade mane-mane camera yang yang memiliki keupayaan yang boleh merakam keindahan alam ciptaan Allah nie sama taraf dengan 'camera' yang Allah bagi pinjam kat kita.nikmat mata melihat tuu jauh lebih hebat dari camera ciptaan manusia.subhanallah ^^.


bersama-sama kite bersyukur kepada Allah s.w.t atas segala nikmat yang diberi nie.


but i think we should try together babe.naik hiking sesame.jumm wehh!!sebab aku naik sane ngan member-member SERAMU.aku ase kalau dengan member-member yang sekepala lagi best kot.heheheee




so akhir sekali time untuk gambar.hehehee let's picture talk more  (n_n)




posing time!!














pahtu around 9.00 am ++ kitorang pon mulakan expidisi turun.hahaa
mase turun taboleh main main wehh.sebab curam die masyaAllah.dengan licin sume siap laa.kalau ta hati-hati mau jadi kayu balak tergolek-golek nanti.ya pasal-pasal jadi cam adibah khalid kaki tergeliat.

gambar banyak mane pon and cerita panjang mane pon still ta dapat menggambarkan pengalaman yang aku dapat nie.so korang-korang pahni kalau na naik Broga Hill roger aku aeh..nak ikot.hehehee  ^^.




hati-hati babe turun tuu!

belakang tuu halangan yang paling tought!

yeah!!kami berjaya  ^^.






"dan setelah menyaksikan keindahan alam yang Allah telah ciptakan.cukup untuk menggambarkan kekuasaan Allah dalam menciptakan makhlukNya.tapi mengapa masih lagi kita mencari alasan untuk tidak beriman kepada Yang Maha Berkuasa?!!jadilah hamba yang bersyukur atas nikmat yang diberi percuma"






Alhamdulillah!!semua selamat  :)









telah ditawan!!








psss pss.aku ase pas tengok balek gamba-gamba yang aku amek gune camera hp cikai aku an aku ase aku da bole jadi photographer laa wehh.hahahaaperasan suda  =="














okiebye!!


assalamualaikum  (n_n)