tabung dude

Sunday, March 25, 2012

sebab kau kawan aku



manusia, sorang pon tak dapat mengagak apa yang akan terjadi pada masa akan datang. sama laa juga dengan perasaan. manusia tak pernah pon dapat memahami dan tahu apa yang manusia lain rasakan.

kawan, andai kata aku pernah sakit kan hati kau, tapi aku tak pernah sedar pon yang aku tengah sakit kan hati kau, aku dengan rendah hati nak mintak maaf sangat-sangat-sangat dari korang.

kawan, andai aku telah melukakan hati korang, mengertilah yang aku sebenarnya sikit pon tak pernah berniat nak lukakan hati korang. andai kata-kata aku telah mengguris hati kau, maafkan lah aku.

kawan, andai masa kita tengah gelak ketawa bersama-sama, tapi saat itu kau sedang terluka dengan apa yang kita gelakkan itu sebenarnya melukakan perasaan kau. maafkan lah aku. kerna aku sememangnya manusia yang lemah yang tidak tahu apa yang kau rasakan.

kawan, andai kata aku pernah lukakan persahabatan kita, tegurlah aku. tegurlah aku. tegurlah aku. sesungguhnya aku manusia yang memiliki terlalu banyak kekurangan. aku manusia yang tidak peka dengan perasaan kau. tegurlah aku kawan agar aku tidak mengulanginya lagi. kerana sekiranya perbuatan itu tidak ditegur, sampai bila-bila pon aku tidak mengerti yang perbuatan aku itu telah melukakan hati mu dan juga melukakan ikatan persahabatan kita.

kawan, andai aku telah melakukan kesalahan, jangan kau simpan di dalam hati. luahkan dan beritahu aku. agar aku bisa berubah dan berubah dan berubah. kerana sesungguhnya aku ini insan yang masih belajar dan yang masih mencari identiti diri sendiri.

kawan, sesungguhnya aku sedikit pon tidak pernah terniat untuk melukakan hati kau. tidak pernah sekali. sebab kau kawan aku. dan aku bukanlah manusia yang suka mengkhianati kawan yang dia sayangi.

kawan sesungguhnya apa yang aku tulis ini, memang benar-benar dari hati aku. datang dari hati yang ingin disampaikan kepada kau. tapi aku tak mampu. aku tiada kekuatan itu. jadi kerana kau sahabat yang aku sayang, maafkan lah aku.







maafkan aku kawan.
tegurlah aku kawan.
bimbinglah aku kawan.





kerana kawan yang baik ialah cermin yang terbaik untuk diri sendiri,
kerana dikala kawannya melakukan kesalahan, dia segera menegurnya,



dan sesungguhnya aku insan yang masih belajar untuk hidup....












- luahan hati dari hati aku buat kawan aku -





#boleh tak aku na replace 'kawan' tu dengan 'sahabat' ?!







1 comment:

thanx sebab sudi baca post nie..anything to say??just leave your coment here :)
thanks for reading and please come again (n_n)