tabung dude

Thursday, June 2, 2011

WANITA ibarat ... ... ...

:: assalamualaikum ::


alhamdulillah..kata-kata syukur ku panjatkan kepada Ya Rabb atas segala nikmat yang dikurniakan sepanjang hidup ini..dan sehingga kini kita masih lagi diberi kesempatan untuk menikmati keindahan alam ciptaan Nya dalam masa yang sama kita masih diberi kesempatan untuk mengejar dan mendambakan diri hanya untuk Nya..dan sesungguhnya nikmat yang paling besar sekali untuk kita ialah nikmat Iman dan Islam..alhamdulillah  :)



hampir seminggu jugak menyepikan diri dari meng'update' blog nie..agak busy sikit sebab banyak urusan yang perlu dibuat dan diselesaikan..alhamdulillah semuanya dah selesai..



dalam masa aku dan membe-membe lain tengah busy membuat persediaan untuk test1 kitorang yang bakal menjelang, aku na share sedikit ilmu yang aku ade ni untuk sesiape jep yang na tau especially kepada wanita-wanita kat luar sana..


korang pernah dengar ta perumpamaan-perumpamaan yang sering dikaitkan dengan perempuan or wanita atau dalam erti kata yang lebih manis lagi 'nisa'?!!haaa meh sini aku na share  :)


pernah dengar ta orang selalu cakap  :

PEREMPUAN ni ibarat cokelat FERRERO ROCHER. BILA berbalut dengan pembalut, even COKLAT tu JATUH KE LANTAI PUN ORANG STILL NAK. still ade orang nak amek.still ade orang nak pungut.

Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat tak tau jep. semua orang da tak pandang daa. lagi teruk laa an kalau boleh laa, ADA YANG NAK PIJAK LAGI..diorang nak lenyek-lenyek lagi ngan kaki dorang..

jadi nak ke kita jadi yg kena pijak tu? inilah perumpamaan wanita yg tidak menutup aurat dan wanita yg menutup aurat.








ada lagi satu gelaran untuk wanita dimana wanita juga boleh jadi seperti

gula-gula kapas yang menarik dipandang lagi sedap dimakan..yummy2~






saat ini mesti ramai yang terfikir,bagaimana wanita itu boleh diibaratkan seperti gula-gula kapas.. yaa gula-gula kapas itu manis dan menarik(tambah-tambah warnanya yang berwarna-warni) serta disukai ramai tetapi terlalu mudah rosak walau hanya terkena angin yang sedikit dan juga air..diulang walaupun air yang sedikit!!bukan itu sahaja, malah ia juga akan merosakkan kesihatan si penggemarnya..

inilah perumpamaan wanita yang cantik, manis dan menggoda, sangat disukai ramai jejaka tetapi sangat mudah disentuh dan dirosakkan oleh tangan-tangan dunia.. mudah sangat diperolehi oleh si penggemar-penggemarnya.. Malah, si jejaka-jejaka yang terpedayah dengan nafsu mereka turut rosak bersama menelusuri jalan-jalan maksiat dan dosa..turut sama  menyusuri noda-noda dan terjebak ke dalam lembah kehinaan ini.. Astagfirullahalazim..nauzubillah~

semoga kita terhindar dari menjadi golongan seperti ini...



dan ada juga yang mengibaratkan wanita juga boleh menjadi seperti 




si mawar berduri~






dan harapnya ramailah wanita akan menjadi seperti ini.. menjadi seperti mawar berduri yang memiliki bunga yang cantik dan baunya yang harum dan semestinya disukai ramai orang tetapi tidak mudah disentuh kerana dipagari duri-duri sebagai pelindung diri.. 

wanita ibarat mawar berduri,berusaha menghiasi diri dengan keindahan sama ada fizikal dan rohani dengan akhlak yang terpuji.. melindungi diri dengan keimanan agar tidak mudah dirosakkan dan tidak mudah terpedaya oleh tipuan duniawi..

"sesungguhnya seindah hiasan adalah wanita solehah"





dan aku yakin ramai jugak yang pernah mendengar perumpamaan ini..wahai kaum wanita anggaplah dirimu seperti



si buah apple~








Wanita ibarat buah epal sekiranya berada di puncak dahan paling atas sekali pasti tidak mudah di miliki.tidak mudah dicapai dengan sesuka hati kerana hanya lelaki yang hebat sahaja mampu memanjat hingga ke puncak,dan janganlah pula direndahkan harga diri mu hanya untuk dimiliki oleh seorang lelaki dengan menggugurkan diri ke tanah kerana buah yang jatuh ke tanah biasanya buah yang mudah ditebuk oleh si ulat buah..


wanita ibarat epal yang berada dipuncak adalah wanita yang mempunyai harga diri yang tinggi..wanita yang sukar untuk didekati apatah lagi untuk dimiliki.. wanita yang merendahkan harga dirinya pastilah mudah didekati ulat-ulat perosak.. akhirnya kecantikan buah pasti dicemari.. Hiasilah diri dengan kecantikan hakiki : akhlah perpuji..


dan bagi wanita-wanita yang sedang diuji amat sesuai jika mereka diibaratkan seperti

si pokok semalu :




pokok semalu memiliki bunga yang tidak kurang cantiknya,memiliki duri untuk melindungi dari ancaman pemusnah,pemalu dan menutupi dirinya saat ada yang cuba mendekati atau menyentuhnya.. Tetapi pokok semalu adalah antara bunga yang amat gemar dikasari oleh tangan dan kaki mereka yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri..


wanita ibarat pohon semalu, wanita yang menjaga diri dan tidak sesekali melayani perosak2 yang mengancam iman dan maruah dirinya,menghiasi diri dengan keindahan akhlak terpuji malah sentiasa sabar saat diuji dan tunduk kepada Rabb tiap saat diri diuji.. kerana baginya cukuplah Allah menjadi pelindung diri...


dan biarlah kita semua tergolong dari mereka yang diibaratkan seperti 


mutiara didasar lautan.



mutiara didasar lautan, memiliki kecantikan yang pastinya mampu menarik setiap mata yang memandang tetapi kecantikannya terpelihara dalam jagaan... hanya mereka yang cekap dan yang terpilih sahaja yang mampu mengambil dan memilikinya..






betapa banyaknya perumpamaan untuk seorang wanita itu,tinggal hanya terletak ditangan kita untuk menjadi yang mana satu..



"sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga dia berbuat demikian"





pilihan ditangan kita kawan, jadi buatlah pilihan yang terbaik..jangan rendahkan harga diri kita sesuka hati kepada mereka yang belum tentu untuk kita.manusia dikurniakan akal untuk berfikir..



renung-renungkan sahabat  :)


:: assalamualaikum ::




3 comments:

  1. soo sweet...i like dis n3..hhehe..tq fifiey ntu peringatan nie..=D

    ReplyDelete
  2. terbaek ahhh!!!!

    ReplyDelete
  3. PEREMPUAN,klau dihiasi dgn perasaan malu adalah lebih cntik.. =)

    ReplyDelete

thanx sebab sudi baca post nie..anything to say??just leave your coment here :)
thanks for reading and please come again (n_n)